ika kita kembalikan kepada hadits Nabi, kita akan dapati semua hadits Nabi menyebutkan bahawa setiap bid'ah itu adalah dholalah (sesat).
APAKAH BENAR, BID'AH ITU DIBAGI 2 (DUA) JENIS YAITU BID'AH SUNNAH DAN BID'AH HASANAH?
Disampaikan oleh:
Al Ustadz Muhammad Afifuddin as Sidawy Hafizhahullah
Kajian Islam Ilmiah ll Mencari hakekat hidayah ll Masjid Al Munawaroh ll Pamekasan - Madura ll
Pada urusan agama, bukan pada urusan dunia.
Dalam perkara agama, tidak dibenarkan untuk melakukan sesuatu yang baru. Dalam perkara dunia, selama ianya tidak memudharatkan, silakan untuk dia melakukan sesuatu yang baru, seperti membuat mobil (kereta), pesawat atau sebagainya.
Mirip-mirip dengan syariat.
Contohnya dalam hal puasa, zikir, sholat dan sebagainya. Ini adalah dalam perkara agama. Ada yang membezakan antara Sunnah dan Bid'ah, iaitu 6 perkara:Jika tatacaranya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.
Jika waktu perlaksanaannya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.
Jika tempat perlaksanaannya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.
Jika bilangannya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.
Jika perkaranya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.
Jika jenis 'amaliyahnya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.
Jika seseorang sholat subuh 3 rakaat, maka ianya tidak sah, kerana amalan tersebut telah menyelesihi bilangan rakaat di dalam Sunnah. Maka ianya Bid'ah.
KOMENTAR